Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHakim tarik diri, rayuan Najib tangguh

    Hakim tarik diri, rayuan Najib tangguh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Hakim Mahkamah Rayuan Azizah Nawawi hari ini telah mengundurkan diri daripada kes rayuan bekas perdana Menteri Najib Razak. Azizah yang mempengerusikan sidang tiga hakim pada mulanya ditetapkan mendengar rayuan Najib untuk mengembalikan semula saman pendakwaan yang salah ke atasnya terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas. Azizah membuat keputusan untuk menarik diri selepas mendedahkan kepada peguam Najib dan Thomas bahawa suaminya bekas timbalan pendakwa raya Nik Suhaimi Nik Sulaiman, yang bersara daripada bahagian rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC) awal tahun ini.

    Menurut hakim itu, suaminya pernah berada di bawah Thomas, yang merupakan peguam negara dari 2018 hingga 2020.

    Pada 27 Sept lalu, Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah. Najib sebelum ini memohon Mahkamah Rayuan mahu mengembalikan semula samannya RM1.9 juta terhadap Thomas atas dakwaan salah guna jawatan awam yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

    Selain Azimah yang menarik diri hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu turut dianggotai Hakim S Nantha Balan dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

    Pada 25 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman Najib terhadapnya yang mendorong Najib memfailkan notis rayuan pada 22 Dis.

    Dalam samannya, Najib mendakwa dia dituduh melakukan rasuah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

    Thomas merupakan peguam negara dari 4 Jun 2018, hingga 28 Feb 2020.

    Dalam saman yang difailkan pada 22 Okt 2021, Najib berkata pertuduhan terhadapnya sebahagian langkah yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan PH yang diterajui perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Dia memohon pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan penyelewengan dalam jawatan awam serta menuntut ganti rugi sebanyak RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terhadapnya. [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts