GLOBAL | Ketua tentera Hamas Mohammed Deif mengumumkan permulaan “operasi tentera” terhadap Israel berikutan serangan berterusan roket dari Semenanjung Gaza, dilaporkan oleh agensi berita Jerman (dpa).
Matlamat Operasi Banjir Al-Aqsa adalah untuk menghentikan “pelanggaran” Israel, kata Deif dalam kenyataannya yang dirakam awal Sabtu.
Seorang wanita terbunuh dan 15 lagi cedera dalam serangan roket yang hebat dari Semenanjung Gaza yang bermula awal Sabtu.
Seorang wanita berusia kira-kira 60 tahun mengalami kecederaan teruk berhampiran bandar Gedera, mengikut perkhidmatan penyelamat Magen David Adom.
Serangan hebat dari Semenanjung Gaza datang secara mengejutkan.
Situasi kembali memanas, terutamanya di Tepi Barat yang diduduki.
-Bernama