Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHamas: Tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza

    Hamas: Tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kumpulan Palestin Hamas menegaskan hari ini bahawa ia tidak akan bersetuju dengan pembebasan mana-mana tebusan tanpa pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal ke kediaman mereka di seluruh wilayah itu.

    “Tidak ada konsesi pengunduran sepenuhnya (tentera Israel dari Gaza) dan kepulangan bebas penduduk yang kehilangan tempat tinggal ke kawasan mereka di seluruh Semenanjung Gaza,” kata anggota biro politik Hamas, Izzat Al-Rishq dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

    “Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk melindungi rakyat dan menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

    Al-Rishq memberi amaran bahawa Israel hanya mahukan “perjanjian gencatan senjata sementara” untuk membebaskan tahanannya dan kemudian menyambung kembali “peranang dan genosid”.

    Pada Sabtu, Hamas berkata ia telah mengemukakan responsnya kepada Mesir dan Qatar mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza dengan Israel dan mengulangi permintaannya untuk gencatan senjata kekal, pengunduran asktar Israel dari Semenanjung Gaza, kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

    Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, setakat ini mengorbankan hampir 33,800 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 76,400 orang menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

    Perjanjian sebelum ini pada November menyaksikan pembebasan 81 warga Israel dan 24 warga asing sebagai pertukaran untuk 240 rakyat Palestin, termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.

    Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir sejak itu cuba mencapai persetujuan untuk membebaskan tahanan Israel yang tinggal.

    Gesaan global untuk gencatan senjata semakin meningkat apabila peranang telah memasuki bulan ketujuh.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts