Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang, China memulakan pendengaran kes tuntutan ganti rugi keluarga penumpang MH370.
Menurut CNN, Jiang Hui, anak kepada penumpang bernama Jiang Cuiyun, menyaman Malaysia Airlines, syarikat insurans dan syarikat pengeluar enjin pesawat itu.
Dia menuntut ganti rugi, permohonan maaf rasmi dan pengekalan bantuan psikologi kepada ahli keluarga, serta penubuhan dana untuk meneruskan pencarian pesawat.
“Hampir sepuluh tahun, anggota keluarga (yang enggan menerima tawaran penyelesaian) tidak menerima sebarang permohonan maaf atau sesen pun ganti rugi,” Jiang Hui dilaporkan berkata.
Keseluruhan 40 anggota keluarga penumpang China membawa isu itu ke mahkamah.
Pesawat yang hilang pada 8 Mac 2014 itu membawa 239 penumpang dan 153 anak kapal itu, kebanyakannya warga China. Ia dijadual terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang, China memulakan pendengaran kes tuntutan ganti rugi keluarga penumpang MH370. Menurut CNN, Jiang Hui, anak kepada penumpang bernama Jiang Cuiyun, menyaman Malaysia Airlines, syarikat insurans dan syarikat pengeluar enjin pesawat itu. Dia menuntut ganti rugi, permohonan maaf rasmi dan pengekalan bantuan psikologi kepada ahli keluarga, serta penubuhan dana untuk meneruskan pencarian pesawat. “Hampir sepuluh tahun, anggota keluarga (yang enggan menerima tawaran penyelesaian) tidak menerima sebarang permohonan maaf atau sesen pun ganti rugi,” Jiang Hui dilaporkan berkata. Keseluruhan 40 anggota keluarga penumpang China membawa isu itu ke mahkamah. Pesawat yang hilang pada 8 Mac 2014 itu membawa 239 penumpang dan 153 anak kapal itu, kebanyakannya warga China. Ia dijadual terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing. [Baca berita asal](https://www.malaysiakini.com/news/688034)