Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHampir 800,000 telah berdaftar dengan Padu setakat semalam

    Hampir 800,000 telah berdaftar dengan Padu setakat semalam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) terus mendapat sambutan yang baik apabila seramai 798,528 individu telah berjaya mendaftar dengan sistem berkenaan setakat semalam.

    Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi hantaran di X hari ini menyatakan Selangor, Johor dan Sarawak menjadi Negeri paling ramai setakat ini yang mendaftar dengan PADU.

    Menurut statistik dikongsikan dalam infografik DOSM, seramai 182,943 individu telah mendaftar dengan PADU di Selangor, diikuti Johor (85,975) dan Sarawak (72,775).

    Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Jan lepas hingga 31 Mac ini dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

    Ia bertujuan meningkatkan kecekapan peranancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts