Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHamzah tak sebut isu kenyataan Dr M dibincang dalam mesyuarat PN

    Hamzah tak sebut isu kenyataan Dr M dibincang dalam mesyuarat PN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi PN minggu ini, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata dia akan mendesak gabungan itu untuk mengecam Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bernada perkauman yang dikeluarkannya terhadap masyarakat India di Malaysia.

    Ramai pihak menganggap kenyataan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat India di negara ini.

    Bagaimanapun sama ada perkara itu dibangkitkan atau tidak, atau ada sebarang keputusan dibuat, tidak jelas.

    Dalam kenyataan berkenaan mesyuarat itu malam tadi, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin tidak menyebut jika perkara itu ada dibincangkan.

    Sebaliknya Hamzah berkata mesyuarat itu membincangkan masalah kos sara hidup.

    “Majlis Tertinggi membincangkan situasi terkini beban sara hidup yang semakin mendesak, termasuklah isu kenaikan tarif air dan sebulat suara mendesak kerajaan persekutuan supaya memberi keutamaan kepada isu ekonomi dengan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Katanya lagi, mesyuarat turut membincangkan rancangan untuk menganjurkan konvensyen wakil rakyat PN serta pemukiman untuk mengukuhkan lagi gabungan itu dalam masa terdekat.

    Selain itu, dia berkata Majlis Tertinggi PN juga setuju untuk melantik Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai ketua Pemuda PN yang baru.

    Lau turut hadir dalam mesyuarat semalam.

    Pada minggu lalu, Dr Mahathir mendakwa masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara kerana masih “terikat” dengan negara asal mereka, selain menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa utama.

    Susulan itu, Lau memberitahu Malaysiakini yang dia akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat PN minggu ini, dan akan mendesak PN untuk mengecam Mahathir, yang merupakan penasihat bagi empat Negeri yang ditadbir gabungan itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts