Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHanipa juga tolak cabaran berdebat dengan Najib

    Hanipa juga tolak cabaran berdebat dengan Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menolak jemputan untuk berdebat dengan Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International.

    Kata pemimpin Amanah itu, sebagai ahli politik, dia melihat pelawaan berdebat itu semata-mata “helah” bekas perdana Menteri itu untuk mengelak rakyat bercakap tentang isu dirinya yang telah diberi separa keampunan dari pihak Lembaga Pengampunan atau bagi menunjukkan dia masih relevan.

    Mohamed Hanipa Maidin

    “Saya menolak jemputan tersebut sebab saya tidak nampak sebarang keperluan untuk saya berdebat dengan beliau.

    “Saya rasa keyakinan rakyat bahawa beliau adalah sesungguhnya bersalah tidak mungkin tergugat walaupun wujudnya ratusan debat dengan beliau apabila tiga mahkamah telah sepakat memutuskan beliau bersalah!” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Ahad lalu, wakil kepada bekas perdana Menteri itu mencabar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurangan hukuman terhadap Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan kes SRC International.

    Antara yang dicabar itu termasuk ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, bekas ahli parlimen DAP, Tony Pua dan Hanipa kerana sebelum ini lantang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman Najib dari penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM120 juta kepada RM50 juta.

    Najib Razak

    Semalam, Ramkarpal menyifatkan adalah membuang masa bagi menyahut cabaran untuk berdebat dengan Najib. Katanya, tidak ada gunanya berdebat dengan Najib kerana keputusan majoriti mahkamah memutuskan dia bersalah. Malah, katanya Lembaga Pengampunan turut mengekalkan sabitan kesalahan itu.

    Mengulas lanjut, Hanipa berkata, adalah aneh apabila banduan yang telah disabitkan bersalah atas pertuduhan jenayah yang melibatkan anak syarikat 1MDB boleh dengan mudah mengeluarkan kenyataan seakan-akan dirinya bukanlah seorang banduan.

    ALSO READ:  Kisah Ramadan orang Islam China di Malaysia

    “Bagi saya tindakan banduan tersebut amat memalukan sebagaimana beliau juga telah memalukan dan menyusahkan negara dan rakyat Malaysia.

    “Saya tidak pasti adakah kenyataan banduan ini mendapat perkenaan dan izin pihak penjara Saya harap ada ahli Parlimen yang bertanya soalan ini di sidang Parlimen nanti,” katanya.

    Menurut Hanipa walaupun dirinya amat suka dan amat gemar berdebat, namun dia akan melayan pelawaan atau jemputan seorang banduan seperti Najib untuk berdebat apalagi berdebat di televisyen.

    “Saya tidak pasti adakah banduan ini penuh sedar bahawa beliau hakikatnya bukan lagi seorang perdana Menteri atau orang yang bebas lalu bebas untuk mengajak mana- mana orang berdebat dengannya,” katanya.

    Berikut kenyataan penuhnya.

    Saya dimaklumkan ada seorang banduan di penjara yang kini mempelawa saya atau sahabat saya iaitu saudara Tony Pua untuk berdebat dengan banduan tersebut.

    Saya kemudiannya dimaklumkan bahawa banduan tersebut adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, mantan Presiden Umno dan juga mantan YB Pekan iaitu Najib Razak (maaf saya tidak pasti nombor badan beliau).

    Saya juga dimaklumkan pelawaan tersebut dibuat setelah sahabat saya iaitu YB Ramkarpal Singh telah menolak jemputan banduan tersebut untuk berdebat dengan YB tersebut.

    Jujurnya saya agak rasa aneh bila ada banduan yang telah disabitkan bersalah atas pertuduhan jenayah yang melibatkan anak syarikat 1MDB boleh dengan mudah mengeluarkan kenyataan seakan-akan beliau bukanlah seorang banduan.

    Bagi saya tindakan banduan tersebut amat memalukan sebagaimana beliau juga telah memalukan dan menyusahkan negara dan rakyat Malaysia.

    Saya tidak pasti adakah kenyataan banduan ini mendapat perkenaan dan izin pihak penjara? Saya harap ada ahli Parlimen yang bertanya soalan ini di sidang Parlimen nanti.

    ALSO READ:  'Masjid dikuasai parti politik jika JPKK terlibat pilih ahli jawatankuasa'

    Walaupun saya amat suka dan amat gemar berdebat, namun saya rasa saya tidak perlulah untuk melayan pelawaan atau jemputan seorang banduan seperti beliau untuk berdebat apalagi berdebat di televisyen.

    Saya tidak pasti adakah banduan ini penuh sedar bahawa beliau hakikatnya bukan lagi seorang perdana Menteri atau orang yang bebas lalu bebas untuk mengajak mana- mana orang berdebat dengannya.

    Jujurnya, saya menjangkakan banduan ini mungkin kini lebih sentiasa sibuk duduk di atas tikar sejadah merenung, berdoa dan meminta ampun dari Tuhan serta amat menyesali jenayah yang dia telah lakukan.

    Nampaknya saya mungkin tersilap. Saya tidak nampak tanda-tanda tersebut.

    Dan saya ada membaca kenyataan puteri beliau yang mendakwa banduan ini dan keluarganya sentiasa berpegang pada prinsip bahawa banduan ini tidak bersalah. Mungkin ilmu perundangan puteri dan keluarga banduan ini lebih tinggi dan mendalam dari ilmu perundangan para hakim.

    Sebagai ahli politik, saya melihat pelawaan berdebat ini adalah semata-mata “helah” si banduan ini untuk mengelak rakyat bercakap tentang isu beliau yang telah diberi separa keampunan dari pihak Lembaga Pengampunan atau mungkin bagi menunjukkan beliau masih relevan.

    Akhirnya meskipun saya berterima kasih atas jemputan dari beliau, namun saya menolak jemputan tersebut sebab saya tidak nampak sebarang keperluan untuk saya berdebat dengan beliau.

    Saya rasa keyakinan rakyat bahawa beliau adalah sesungguhnya bersalah tidak mungkin tergugat walaupun wujudnya ratusan debat dengan beliau apabila tiga mahkamah telah sepakat memutuskan beliau bersalah!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts