Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHantar bantuan guna payung terjun ke Gaza jalan terakhir - PBB

    Hantar bantuan guna payung terjun ke Gaza jalan terakhir – PBB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menghantar bantuan kemanusiaan menggunakan payung terjun ke Semenanjung Gaza menjadi “jalan terakhir” tetapi langkah ini sangat mencabar, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (UN OCHA).

    Ketua OCHA di Palestin yang diduduki Andrea De Domenico berkata selain sangat mencabar ia juga memerlukan kos yang agak tinggi dan tidak mampan namun itu pilihan terakhir yang ada sekarang. 

    Justeru itu, De Domenico amat berharap pihak-pihak yang berkaitan bersetuju untuk menyediakan akses tanpa halangan dan berterusan.

    Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh meminta Kesatuan Eropah (EU) dan PBB untuk menggunakan payung terjun bagi menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

    “Saya fikir apa yang benar-benar diperlukan sekarang ialah membuka lintasan bagi memastikan bekalan bantuan dapat dihantar secara berterusan.

    “Saya tahu Jordan sudah pun menghantar bantuan dengan menggunakan cara itu (payung terjun). Tetapi sudah tentu kuantitinya sangat terhad,” kata De Domenico pada Isnin.

    Mengulas mengenai keadaan di sekitar hospital Al-Shifa di Gaza, beliau menyeru semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana hospital tidak boleh dijadikan sasaran peperanangan.

    Sementara itu, beliau menganggarkan sehingga Ahad, seramai 230,000 penduduk awam mungkin telah berpindah ke selatan Gaza.

    – Bernama-Agensi Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts