Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Hanya 1 dari 97 syarikat tersenarai milik Bumiputera sejak 3 tahun lalu'

    ‘Hanya 1 dari 97 syarikat tersenarai milik Bumiputera sejak 3 tahun lalu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hanya satu daripada 97 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tiga tahun lalu dimiliki oleh Bumiputera.

    Sambil menyuarakan kebimbangannya, Pengerusi Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar berkata, angka tersebut mencerminkan penyertaan sebenar Bumiputera dalam sektor perniagaan.

    “Ini berikan kita satu wake up call. Inilah situasi sebenar. Syarikat yang disenaraikan Bursa ni ialah gambaran sebenar penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan.

    “Jadi kita perlu bertanya, kalau dah enam dekad, melaksanakan pelbagai dasar pemerkasaan bumi dan hasilnya pada hari ni, tak capai sasaran kita selama ni, kenapa?” tegasnya ketika berucap di Kongres Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

    Wahid, yang juga bekas Menteri kabinet berkata punca utama ‘kegagalan’ tersebut ialah kerana dasar melibatkan Bumiptera lebih tertumpu kepada sektor awam dan bukan sektor swasta.

    “Sektor awam mungkin sumbang sebahagian daripada ekonomi negara kita, tapi masih berubah. Ada penyertaan besar sektor swasta.

    “Dalam konteks ekonomi kita, dalam GDP kita, sektor awam hanya sumbang 17.8 peratus kepada ekonomi kita. Swasta sumbang 76.2 peratus.

    “Sektor swasta 4.3 kali lebih besar daripada sektor awam,”katanya.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts