Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHanya 54 MP jalani pemeriksaan kesihatan - Speaker

    Hanya 54 MP jalani pemeriksaan kesihatan – Speaker

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PARLIMEN l Hanya 54 daripada 222 Ahli Parlimen telah menjalani pemeriksaan kesihatan setakat 2 Okt lepas, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul. Beliau berkata jumlah itu adalah terlalu kecil, justeru beliau mengingatkan semua Ahli Parlimen yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan agar melaksanakannya dengan segera.

    “Untuk makluman, tarikh akhir untuk pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Okt ini. Yang Berhormat boleh menghubungi doktor kesihatan Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam pemasyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Parlimen, di sini hari ini.

    Johari berkata Ahli Parlimen juga boleh melakukan pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan namun rekod kesihatan itu mesti diserahkan kepada Pegawai Kesihatan Parlimen bagi tujuan dokumentasi.

    “Saya telah maklumkan, Yang Berhormat boleh melakukan pemeriksaan (kesihatan) di sini (Parlimen) ataupun di mana-mana juga asalkan rekod itu dibawa ke sini… Sekiranya dah buat pemeriksaan di fasiliti kerajaan atau swasta, bawa rekod itu untuk disimpan di Parlimen supaya apa-apa terjadi saya dapat bertanggungjawab untuk selamatkan nyawa Yang Berhormat,” katanya.

    September lepas, Johari dilapor berkata semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts