Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Hanya cakap terus terang' - Lim ulas insiden herdik bos PBAPP

    ‘Hanya cakap terus terang’ – Lim ulas insiden herdik bos PBAPP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mengambil insiden di mana dia dirakam kamera mengherdik ketua syarikat air di Negeri itu dengan serius.

    Kwong Wah Daily melaporkan Lim sebagai berkata dia hanya berterus terang dan menyampaikan pendapat orang ramai kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K Pathmanathan.

    Dia berkata taklimat tertutup itu – dipercayai antara PBAPP dan penggubal undang-undang Negeri dan agensi terlibat- berlangsung pada 3 Jan.

    Lim bagaimanapun enggan mengulas lanjut, termasuk ketika ditanya apakah dia berasa kecewa dengan individu yang menyebarkan video berkenaan.

    Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 hingga 4 Januari ini, berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah.

    Gangguan itu dijangka akan menjejaskan kira-kira 80 peratus penduduk Negeri itu.

    Dalam video yang tular semalam, Lim menegur Pathmanathan kerana meletakkan tanggungjawab menyimpan bekalan air kepada orang ramai.

    “Jangan kata itu tanggungjawab rakyat (untuk menyimpan air), itu adalah tanggungjawab kerajaan (Negeri) untuk memberi air,” katanya.

    FMT memetik individu yang menghadiri mesyuarat itu, berkata Lim menyuarakan kemarahan itu sebagai respons terhadap Pathmanathan yang mengatakan adalah menjadi tanggungjawab orang ramai menyimpan bekalan air sekurang-kurangnya untuk kegunaan selama dua hari.

    Lim berkata kebanyakan rumah penduduk di Negeri itu tidak mempunyai ruang yang mencukup untuk menyimpan air sebanyak itu.

    Justeru, dia berkata kerajaan Negeri dan PBAPP perlu mengeluarkan peruntukan lebih besar untuk menyediakan lebih banyak tangki air dan tangki simpanan.

    Semalam, dilaporkan PBAPP akan mengerahkan 99 lori tangki air untuk menghantar air kepada rakyat Negeri itu.

    ALSO READ:  Lelaki miliki 19,011 video, gambar lucah kanak-kanak dipenjara 6 bulan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts