Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHapuskan pencen bukan nak jejaskan Melayu - PM

    Hapuskan pencen bukan nak jejaskan Melayu – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan menafikan dakwaan bahawa langkah mewujudkan pengambilan baharu penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen akan menjejaskan nasib orang Melayu yang merupakan majoriti dalam penjawat awam.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu sebaliknya telah dikaji sejak lama dulu di mana mesti ada rancangan baharu untuk mengganti skim itu bagi mengelakkan negara daripada risiko muflis dan memberi masalah kepada generasi akan datang.

    “… malah sudah puluhan tahun dikaji, kalau tak silap saya 90-an dulu sudah dikaji, tetapi tidak ada tekad politik untuk buat (laksanakan).

    Pembangkang cakap hapuskan pencen akan seksa orang Melayu, (dakwa) ini semua cadangan DAP, dan ini yang terus dikemukakan dan tidak berbicara soal fakta kemudian guna agama, tunggang agama,” katanya berucap ketika perasmian penutup pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di Ipoh, hari ini.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak, Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Mujahid Yusof dan Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming.

    Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata sistem pencen berkenaan juga tidak lagi diamalkan oleh sebahagian negara-negara maju.

    Anwar turut berkata ahli-ahli politik perlu menerima kenyataan selepas ini mereka juga tidak mempunyai pencen.

    Ia termasuk mereka yang bakal menjadi calon untuk bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang.

    “Jika selepas ini, mereka tidak mahu bertanding PRU (Pilihan Raya Umum) kerana tiada lagi pencen, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

    Pada Rabu lepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar pengambilan baharu secara tetap tetapi tidak berpencen.

    ALSO READ:  Orang awam boleh semak laporan EIA projek KXP hingga 27 Mei

    Bagaimanapun, cadangan itu tidak akan menjejaskan status penjawat awam sedia ada namun bagi penjawat awam lantikan baharu perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Dalam masa sama beliau sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan akan menaikkan kadar gaji penjawat awam mengikut kemampuan kerajaan.

    “Telah 12 tahun penjawat awam kerja tidak ada penilaian, tidak ada komitmen untuk perbaiki kadar upah dan gaji mereka.

    “Kita telah putuskan walaupun ada kekangan kewangan perkara ini (naikkan gaji penjawat awam) kita tidak boleh tunggu. Dengan kos sara hidup dan gaji yang tak naik kerajaan tetap ada komitmen tingkatkan kadar upah penjawat awam di negara kita,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts