Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Haramkan syarikat bekal senjata pada Israel di pameran Natsec’

    ‘Haramkan syarikat bekal senjata pada Israel di pameran Natsec’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bersatu menggesa kerajaan menyekat syarikat yang membekalkan senjata dan peralatan peranang kepada Israel daripada Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024 yang bermula hari ini.

    Dua syarikat yang dirujuk ialah Lockheed Martin dari Amerika Syarikat dan BAE dari United Kingdom.

    “Kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut,” kata Ketua Biro Antarabangsa Bersatu Saifuddin Abdullah pada satu kenyataan hari ini.

    Saifuddin yang juga bekas Menteri luar berkata dia bimbang syarikat Lockheed Martin dan BAE Systems terlibat program anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

    “Bersatu mendesak kerajaan supaya mengharamkan penglibatan Lockheed Martin dan BAE daripada menyertai dan menjadi penaja platinum pameran Natsec Asia 2024,” tegasnya.

    Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Natsec sedang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur dari 6 Mei (hari ini) hingga 9 Mei.

    Saifuddin berkata Lockheed Martin mengeluarkan jet pejuang F-35 manakala BAE pula membekalkan peralatan yang digunakan oleh Israel dalam serangan ke atas rakyat Palestin, mengakibatkan korban, termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Dia berkata penyertaan syarikat-syarikat ini bertentangan dengan nilai-nilai negara dan solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin.

    Sambil melahirkan kebimbangan lanjut, Saifuddin turut menyoal pendirian Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin (gambar atas) terhadap Israel.

    Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Saifuddin mendakwa “kerajaan ini mungkin mengiktiraf Israel dengan alasannya yang lemah.”

    “Adalah dibimbangi bahawa pameran ini menjadi medan halus percubaan untuk menormalisasi hubungan dengan Israel.

    “Justeru, kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut,” dakwa Saifuddin.

    Untuk rekod, pada Mac lalu, Mohamad Alamin menggesa gencatan senjata segera, penuh dan kekal; menggerakkan dan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan; penubuhan mekanisme untuk memastikan perlindungan bagi rakyat Palestin dan menamatkan kekebalan Israel dan menangani pertanggungjawaban Israel untuk jenayah peranang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

    ALSO READ:  Samirah, dua anak bertanggungjawab atas kematian CEO Cradle Fund

    Mohamad Alamin juga menggesa semua negara untuk tidak memberikan sumbangan atau bantuan kepada Israel dalam mengekalkan penafian yang menyalahi undang-undang terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri (di wilayah Palestin) dan untuk meneruskan proses damai yang membawa kepada penubuhan dan pengiktirafan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya dan kemasukan Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    [Baca berita asal]


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts