Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh hingga 20 Mac depan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.
Beliau berkata penetapan harga barangan asas itu memerlukan sedikit masa untuk dimuktamad bagi mengimbangi keperluan pengguna dan pesawah supaya kedua-dua kumpulan tidak terbeban.
āBila main soal dasar, nak tetapkan dasar, harga padi umpamanya, itu kita harus sabar sekejap, ikut proses sebelum kita muktamadkan dan saya sudah bercakap sendiri dengan pihak Bernas dalam mesyuarat NACCOL baru-baru ini supaya mencari jalan (kurangkan) import beras manakala pengeluaran tempatan dinaikkan.
āDia ada masalah, naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pengguna, tak naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pesawah, jadi bagaimana nak imbangi kedua-duanya kerana pesawah adalah antara kelompok yang miskin di negara kita.
āRakyat umumnya mahu harga beras turun atau terkawal, pesawah mahu hasil mereka itu dinilai,ā katanya pada majlis penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.
Anwar berkata bagi mengurangkan beban rakyat sementara menunggu harga barang seperti beras dimuktamad, beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk meningkatkan Jualan Rahmah serta Jualan Agro MADANI.
āBagi masalah yang dibangkitkan oleh rakyat seperti kos sara hidup, barang makanan, harga beras, sayur, ikan dan daging, ada langkah-langkah yang diambilā¦ sebab itu ada Jualan Agro MADANI, Jualan Rahmah…
āJadi, itu yang kita lakukan sedaya upaya dan saya ucap terima kasih kepada semua jentera kerajaan, pegawai-pegawai dan pengusaha serta peniaga kecil yang menjayakan program membantu masyarakat,ā kata beliau.
Dasar Māsia mirip ke China?
Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh negara adalah untuk kepentingan Malaysia dan rakyat serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana negara.
Anwar berkata perkara itu ditegaskan beliau dalam laporan sebuah akhbar di London iaitu Financial Times ketika disoal mengenai dasar Malaysia yang mirip ke arah China.
āKita berkawan dengan semua, dengan barat, dengan timur, dengan Amerika, dengan China tetapi jangan mana-mana negara nak arah kita, kamu boleh kawan dengan orang negara ini, kamu jangan kawan dengan orang negara itu.
āNegara ini merdeka dan berdaulat serta bebas menentukan dasar kita,ā kata beliau.
– Bernama