Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHarga petrol, diesel 'naik': Laporan media asing tak betul - Fahmi

    Harga petrol, diesel ‘naik’: Laporan media asing tak betul – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menyangkal laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

    Jurucakap kerajaan itu berkata mesyuarat jemaah Menteri tidak langsung membincangkan perkara itu sebelum ini termasuk pada minggu lepas.

    “Saya meneliti perkara itu dan saya boleh mengesahkan di sini saya ahli jemaah Menteri, kami tidak bincang perkara ini pun.

    “Jadi, don’t put the cart before the horse, atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum ia diumumkan.

    “Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi,” katanya ketika berucap pada program Jiwa Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor, George Town hari ini.

    Fahmi turut meningatkan semua media agar tidak membuat laporan berita bersandarkan maklumat daripada sumber yang tidak dapat disahkan atau tidak dikenal pasti.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts