Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHarimau Asia akan kembali ‘mengaum’

    Harimau Asia akan kembali ‘mengaum’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Malaysia Dilihat Terus Maju dan Berkembang dalam Tempoh 60 Tahun

    Sekalipun kemelut ekonomi global dan geopolitik serantau masih bergelora, Malaysia dilihat mampu mengukuhkan kedudukan sebagai “Bintang Timur” yang berkerlipan cahayanya dengan pembangunan pesat dan luar biasa dalam tempoh enam dekad ini.

    Sejak pembentukan dan pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 1963, pelbagai pembangunan dari aspek ekonomi, sosial, politik, kebudayaan, sains teknologi, digital, alam sekitar serta pembangunan infrastruktur moden telah dikecapi, bahkan negara kini memiliki bangunan pencakar langit yang kedua tertinggi di dunia.

    Dalam keghairahan untuk menjadi peneraju di Asia Tenggara dengan menempah slot kedudukan tangga ke-12 Indeks Daya Saing Global pada 2033, Malaysia yang genap berusia 60 tahun pada 16 Sept ini, dilihat akan kembali “mengaum” sebagai Harimau Asia dengan lakaran pembangunan dimensi baharu khususnya di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

    Keterbukaan ekonomi

    Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan), Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Nazli Aziz berkata sepanjang 60 tahun ini, Malaysia menyaksikan pembangunan dan perubahan ekonomi daripada sebuah negara pertanian kepada negara berasaskan perindustrian serta perkhidmatan, susulan amalan keterbukaan ekonominya di peringkat global.

    “Keterbukaan dalam sektor perdagangan dan pelaburan merupakan sesuatu yang instrumental kepada pembangunan negara yang mencipta peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia … kira-kira 40 peratus daripada pekerjaan di negara ini berkait rapat dengan aktiviti eksport,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata dalam konteks keberadaan Sabah dan Sarawak yang membentuk Persekutuan Malaysia, impak utama ialah perluasan wilayah darat, air dan udara negara yang membolehkan Malaysia meningkatkan kepelbagaian aktiviti ekonomi negara seperti meluaskan sektor perikanan, perkapalan, perlombongan, pelancongan dan sebagainya yang berasaskan ekonomi biru.

    ALSO READ:  Sanusi sindir k'jaan: Nilai ringgit menghampiri 'harga Rahmah'

    Dari sudut pembangunan sosial, Nazli menjelaskan penyatuan Sabah dan Sarawak membuktikan keamanan boleh dicapai dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan kepercayaan berikutan ia kaya dengan kepelbagaian etnik dan agama.

    Kalah kepada Singapura

    Beliau juga berpandangan pembangunan rangkaian infrastruktur dan pengangkutan awam efektif serta efisien merupakan antara laras kemajuan pesat sesebuah negara, selain kewujudan bangunan ikonik yang juga penting dalam mempromosikan keterlihatan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan walaupun ia tidak boleh diterjemahkan sebagai simbol kemajuan.

    “Dalam konteks serantau, Malaysia lebih ke depan dan tersusun berbanding negara anggota Asean yang lain, kecuali Singapura sekiranya diukur keupayaan negara menyediakan kemudahan infrastruktur dan pengangkutan awam kepada rakyat,” katanya.

    Sementara itu, Felo Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Dr Jayum Jawan berkata umumnya, negara mengalami perubahan dalam pelbagai aspek meliputi ekonomi, sosial budaya dan politik selama 60 tahun penubuhan Malaysia.

    Beliau berkata perubahan dan pembangunan berkenaan dibantu kerana Malaysia kaya dengan sumber alam semula jadi seperti balak, minyak serta gas yang diterokai di beberapa wilayah dan kawasan pedalaman negara ini.

    Jurang antara Borneo dan Semenanjung

    Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga berpendapat Kerajaan Perpaduan prihatin dalam merapatkan lagi jurang antara Borneo dengan Semenanjung, dengan beberapa usaha sudah diletakkan sebagai asas untuk melonjakkan pembangunan Sabah dan Sarawak.

    “Secara simbolik, Sarawak sudah diberi jawatan kedua tinggi, iaitu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Selain itu, TPM dari Sarawak juga diberi mandat untuk mengkaji dan membantu Kerajaan Perpaduan mengembalikan perkara-perkara yang hilang supaya kedua-dua Negeri itu kembali ke status yang sepatutnya berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

    ALSO READ:  Traffic in Istanbul's Bosphorus Strait halted due to a ship's engine failure

    Pembangunan negara dari segala aspek terus menjadi kenyataan apabila ia diterjemahkan melalui 12 Rancangan Malaysia Lima Tahun yang telah dirangka setakat 2023.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts