Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHasbie turut disebut-sebut bakal jadi timbalan Menteri

    Hasbie turut disebut-sebut bakal jadi timbalan Menteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Nama Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda antara yang disebut-sebut untuk menggantikan Adly Zahari sebagai timbalan Menteri pertahanan, jika jawatan itu dikosongkan. Adly dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri perdagangan dalam Negeri dan kos sara hidup (KPDN).
    Ketika dihubungi Malaysiakini, beberapa pemimpin Amanah mengesahkan spekulasi tersebut dan menyokong peluang diberikan kepada senator yang baru dilantik itu.
    Hasbie sendiri mengaku mendengar spekulasi itu tetapi bagaimanapun berkata ia bergantung kepada pertingan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
    “Cuma saya dengar-dengar sajalah (nama saya disebut-sebut). “Tapi, tak bolehlah nak sahkan siapa (akhirnya dilantik),” katanya.
    Kata Hasbie, berdasarkan hierarki parti, memang kedudukan ketua pemuda terletak selepas naib-naib presiden. “Kalau ikut senioriti memang lepas naib presiden adalah ketua pemuda. “Cuma itu bukanlah penentu mutlak kerana semuanya tertakluk kepada budi bicara perdana Menteri dan mungkin selepas berbincang dengan presiden (parti),” katanya.
    Setakat ini belum jelas berapa calon yang sedang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan itu.
    Adly, naib presiden Amanah, dijangka dinaikkan pangkat sebagai Menteri perdagangan dalam Negeri menggantikan Salahuddin Ayub yang meninggal dunia, Julai lalu.
    Kelmarin memetik satu sumber parti, Malaysiakini melaporkan anggota parlimen Shah Alam Azli Yusof turut disebut-sebut untuk mengisi jawatan sama.
    Azli Yusof – nama lain yang turut disebut-sebut
    Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid berkata dia akan menyokong calon daripada pergerakan Pemuda.
    “Saya pun naik atas kapasiti pemuda. “Dan kalau ada ruang dan peluang daripada pihak pemuda untuk menonjolkan diri sebagai timbalan Menteri atau pun apa-apa portfolio yang penting dalam pentadbiran negara saya akan sokong. “Terutama sekali kalau nama ketua Pemuda naik sudah tentu saya akan berikan sokongan yang penuh,” kata Danial Al Rashid Haron.
    Perkara sama dikongsikan Adun Sri Serdang Abbas Salimmi Che Adzmi ketika ditanya berhubung calon pengganti Adly sekiranya berlaku kekosongan portfolio tersebut.
    “Kita punya ramai calon yang berkelayakan untuk memikul tanggungjawab sebagai timbalan Menteri pertahanan andai kata YB Adly Zahari bertukar portfolio. “Jadi, antara yang kita nak tekan kalau nama dia (Hasbie) ada diberi perhatian untuk beri peluang kepada orang mudalah untuk memikul tanggungjawab sebagai timbalan Menteri,” katanya.
    Bagaimanapun, Abbas menjelaskan semua ketetapan itu bergantung kepada keputusan Anwar untuk menilai keberkesanan sekiranya melantik pemimpin muda memegang jawatan timbalan Menteri terbabit.
    “Saudara Hasbie antara calon yang saya rasa boleh memikul tanggungjawab dengan baik dan kalau diberi peluang saudara Hasbie boleh menjalankan kerja-kerja dan imej kerajaan perpaduan akan nampak lebih hebatlah dengan adanya orang-orang muda dalam kabinet,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts