Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHassan boleh tegur tapi dia juga boleh ditegur - Fahmi

    Hassan boleh tegur tapi dia juga boleh ditegur – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersifat terbuka dalam menerima teguran daripada mana-mana ahli, namun ahli berkenaan juga harus bersedia ditegur oleh parti, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

    Mengambil contoh teguran PKR terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang dilihat sebagai mencampuri urusan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, Fahmi menegaskan tegur-menegur ialah perkara biasa dan merupakan satu amalan dalam parti tersebut.

    “…cuma ada beberapa perkara yang menjadi disiplin kepada parti dan kalau Pak Hassan (Hassan Karim) boleh menegur (parti) maka dia juga boleh ditegur (oleh parti),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Youth Empowerment Fair 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

    Ditanya sama ada Hassan akan dikenakan tindakan disiplin, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata buat masa ini parti belum membuat sebarang keputusan.

    “Kita tunggulah tapi waktu ini, kita belum mengadakan mesyuarat jadi perkara itu (mengenakan tindakan disiplin) tidak timbul,” katanya.

    Rabu lepas, dilaporkan Hassan menyatakan Umno perlu diterajui muka baru dan tidak hanya ‘menumpang dahan’ Pakatan Harapan (PH) untuk meraih semula undi golongan Melayu.

    Kenyataan beliau itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Fahmi sendiri yang meminta Hassan berhenti campur tangan dalam ehwal dalaman parti sekutu PH.

    Berikutan itu, Hassan menerusi kenyataan di Facebook semalam berkata PKR boleh memecatnya jika menganggap tindakannya bersuara sebagai satu kesalahan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts