Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHassan diberi 'teguran keras' tak campur urusan parti lain

    Hassan diberi ‘teguran keras’ tak campur urusan parti lain

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim ditegur kerana tidak menjaga tepi kain parti lain.

    Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata, Hassan perlu menghormati rakan daripada parti lain yang berada dalam kerajaan perpaduan.

    Fahmi mengakui kesal dengan desakan Hassan supaya Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dan parti terbabit perlu diterajui pemimpin baru.

    “Jangan jaga tepi kain parti orang lain. Kalau dia hendak suruh saya letak jawatan itu lain, kalau itu Pak Hassan Karim (Hassan) lah.

    “Tapi jangan komen orang dalam parti lain, ia tidak baiklah, (jadi) saya bagi teguran keras pada Pak Hasan,” katanya.

    Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hassan selepas menyertai Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Goh, dekat Kuantan, Pahang hari ini.

    Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim
    Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim

    Pada Rabu lalu, Hassan menyatakan bahawa Umno perlu diterajui oleh muka baru dan tidak hanya ‘menumpang dahan’ Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim yang dikatakan ‘rapuh’ berdepan PRU16.

    Bagi Hassan, rombakan pemimpin baru yang segar, berintegriti, dan berkarisma dalam parti itu penting untuk kembali mendapatkan undi Melayu.

    Fahmi pula berkata, ramai pihak yang boleh mengambil kesempatan atas kenyataan berkenaan.

    Tambahnya, segala teguran boleh dibuat tetapi perlu melalui kepimpinan parti dan menyerahkan kepada pimpinan untuk menguruskan perkara itu.

    “Dalam hal ini, kita hormati parti sahabat dan sekiranya ada sebarang teguran, beliau (Hassan) boleh sampaikan kepada pemimpin untuk diuruskan dengan baik.

    “Jadi, saya memberi teguran keras kepadanya dalam hal ini,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts