Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHassan Karim bantah pindaan perlembagaan hak kewarganegaraan kanak-kanak

    Hassan Karim bantah pindaan perlembagaan hak kewarganegaraan kanak-kanak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rancangan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan mengenai hak kewarganegaraan dijangka mendapat tentangan daripada penyokongnya di Dewan Rakyat.

    Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyuarakan ikrarnya untuk membantah cadangan itu terutamanya peruntukan yang mahu disekat Putrajaya mengenai hak anak-anak mendapat kerakyatan automatik.

    Hassan Abdul Karim, yang merupakan ahli parlimen PKR Pasir Gudang, berkata kerajaan tidak mempunyai sebab untuk meminda peruntukan yang memberikan kewarganegaraan melalui undang-undang kepada kanak-kanak terbiar.

    “Mengapa perlu dipinda peruntukan undang undang yang baik, penuh rasa ehsan, timbang rasa dan kemanusiaan yang telah berkuat kuasa selama ini.

    “Mengapa kuasa menentukan kewarganegaraan bayi bayi tidak berdosa itu dirampas dari Perlembagaan Persekutuan untuk diserah kepada kuasa seorang Menteri Dalam Negeri dan sebuah birokrasi pentadbiran yang dipanggil Kementerian Dalam Negeri.

    “Apa makna sebuah kerajaan yang menggelar diri mereka kerajaan reformasi dan kerajaan Madani tetapi sikap mereka dalam hal asasi hak manusia bayi bayi tidak berdosa itu tidak langsung menunjukkan rasa peri ehsan, kasih sayang dan berperi kemanusiaan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Hassan antara beberapa ahli parlimen kerajaan yang dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan maklum balas mereka terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Jumaat mengenai kabinet memberikan “lampu hijau sepenuhnya” kepada cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan.

    Setakat ini, hanya Hassan yang memberikan ulasan manakala seorang lagi ahli parlimen PH menjawab “tiada komen” menjelaskan anggota Dewan Rakyat masih belum mengadakan sesi perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri mengenai perkara itu.

    Sementara itu, Hassan berkata anak yang dilahirkan dan terbuang telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka serta menjadi tanggungjawab moral negara dan rakyat untuk melindungi mereka.

    ALSO READ:  PKR gantung tugas Ginie Lim sebagai ketua cabang Alor Gajah

    “Saya akan lawan. Saya akan menentang jika pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan status perundangan bayi-bayi yang dibuang dan ditinggalkan dibawa ke parlimen.

    “Saya mahu supaya dalam hal bayi-bayi yang tidak berdosa ini, kewarganegaraan mereka dikekalkan seperti sedia ada bahawa mereka berhak menjadi warganegara Malaysia secara automatik,” katanya.

    Cadangan yang dimaksudkan adalah untuk meminda Jadual Kedua, Bahagian III, Seksyen 19(b) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbuang melalui kuat kuasa undang-undang.

    November lalu, seorang penyokong kerajaan mendakwa rasa tidak senang terhadap cadangan pindaan perlembagaan dalam pemberian kerakyatan boleh menyaksikan beberapa ahli parlimen mengundi menentang pendirian parti mereka jika kerajaan tidak menggunakan pendekatan “terpisah” terhadap cadangan pindaan itu.

    Difahamkan, ini kerana rang undang-undang itu termasuk pindaan yang positif dan negatif.

    Pindaan pertama bertujuan untuk memberi hak sama rata kepada ibu Malaysia untuk memberikan kerakyatan automatik kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara.

    Awal minggu ini, ahli parlimen DAP Ramkarpal Singh memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan yang dicadangkan, terutama berkaitan anak-anak, adalah “tidak logik dan tidak munasabah”.

    Menyebutnya sebagai “langkah ke belakang”, ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata cadangan itu harus ditarik balik atau ditangguhkan.

    Sambil menunjukkan bahawa cadangan itu menafikan kewarganegaraan automatik anak-anak dan akan tertakluk kepada proses pendaftaran birokrasi yang tidak menentu dan berlarutan, dia berkata langkah tersebut bercanggah dengan matlamat kerajaan gabungan pimpinan PH untuk menambah baik dan memperbaharui undang-undang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts