Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHassan Marican akan nasihat PM pula

    Hassan Marican akan nasihat PM pula

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tokoh korporat Hassan Marican akan terus memberikan nasihat kepada kerajaan, namum dalam kapasiti berbeza.

    Bekas penasihat Petronas itu kini mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Dasar (JPD) kepada perdana Menteri.

    Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), JPD ditubuhkan untuk menasihati soal pembangunan  negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

    Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Nungsari Ahmad Radhi.

    PMO berkata JPD ditubuhkan susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024, yang juga dipengerusikan Hassan. 

    “Cadangan-cadangan yang dikemukakan  oleh  ACFIN  telah  mendapat  pertimbangan   sewajarnya  dan sebagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya.

    Anggota JPD tidak akan menerima sembarang bayaran, menurut kenyataan PMO lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts