Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHassan minta PM kaji balik 'pendekatan liberal' NIMP 2030

    Hassan minta PM kaji balik ‘pendekatan liberal’ NIMP 2030

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim bimbang dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini. Dakwanya, NIMP 2030 mengguna pakai pendekatan liberal terhadap strategi pelaburan. “Pendekatan secara liberal itu saya anggap bukannya progresif tetapi regresif atau undur ke belakang. Dalam minggu Hari Kemerdekaan diadakan 31 Ogos semalam, saya berasa khuatir dasar pelaburan liberal kerajaan perpaduan sekarang akan mengembalikan penguasaan modal asing melebihi penguasaan equiti modal nasional tempatan seperti zaman sebelum adanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971,” katanya pada satu kenyataan hari ini. DEB merupakan satu program sosioekonomi yang diperkenalkan perdana Menteri kedua Allahyarham Abdul Razak Hussein pada 1971 bagi memperbetulkan kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi selepas merdeka.

    DEB merupakan rancangan pembangunan negara yang melibatkan program selama 20 tahun bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Hassan sebelum ini dikenali lantang sebagai aktivis kiri yang berjuang dalam isu-isu rakyat bawahan serta pendiriannya menentang penjajahan bentuk baru oleh syarikat gergasi asing melalui apa yang disebut sebagai dasar ekonomi neoliberal. Sejak 1970an, era Hasssan menjadi aktivis mahasiswa di Universiti Malaya (UM) dan kemudian ketika bergiat aktif memimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan memang cenderung menyokong gagasan ekonomi yang menumpukan dasar kebajikan rakyat bawahan, peranancangan ekonomi terpusat serta pemilikan kerajaan dalam syarikat dan perniagaan.

    Sementara itu, Hassan memberi contoh penguasaan modal asing dengan kemasukan syarikat Tesla milik Elon Musk, pemodal terkaya dunia dari Amerika Syarikat ke negara ini. Dakwanya, kemasukan Tesla “melanggar syarat penguasaan equiti dan penyertaan bersama rakan kongsi syarikat nasional tempatan.” “(Ini) adalah satu permulaan yang serius yang bersifat pelanggaran syarat yang sedia ada yang hanya bertujuan untuk mendapatkan pelaburan langsung asing yang jika tidak dikawal akan membahayakan ekonomi negara pada masa akan datang. Saya minta Perdana Menteri Anwar Ibrahim kaji balik apa yang dipanggil pendekatan liberal Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 sebelum kerosakan dan ketidakseimbangan akan berlaku dalam sektor perindustrian negara di mana Malaysia akan kembali menjadi sebuah negara di bawah neo- kolonialisme pemodal-pemodal asing,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Remaja 17 tahun didakwa bunuh warga emas

    Dalam perkembangan berkaitan, Anwar hari ini berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan NIMP 2030, yang memerlukan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tempoh tujuh tahun pelaksanaannya. Perdana Menteri berkata pelaburan itu sebahagian besarnya daripada sektor swasta, digunakan daripada ekuiti swasta, modal dan pasaran kewangan. “Hampir 10 peratus akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu memangkin dan memberi insentif kepada pelaburan ini melalui Dana Pembangunan Perindustrian NIMP dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP,” katanya pada pelancaran NIMP 2030 di Kuala Lumpur hari ini. NIMP 2030 disediakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memperbaharui dan mengemaskini pelan-pelan indusk perinditrian sebelum ini.

    Untuk rekod, Pelan Induk Perindustrian Pertama, dari 1986 ke 1995 menyediakan asas pertumbuhan sektor perkilangan, dengan menggariskan perubahan struktur ekonomi daripada aktiviti berasaskan pertanian dan barangan asas kepada ekonomi pembuatan. Pelan Induk Perindustrian Kedua, dari 1996 ke 2005 pula mengembangkan pertumbuhan sektor perkilangan, melalui pembangunan sepanjang rantaian nilai dan kelompok industri. Pelan Induk Perindustrian Ketiga, dari 2006 ke 2020, menggariskan strategi serta dasar ke arah merealisasikan Wawasan 2020 melalui peningkatan inovasi dan transformasi sektor perkilangan dan perkhidmatan dengan penekanan kepada kemajuan teknologi, modal insan dan integrasi ke dalam pasaran serantau dan global.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts