Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHassan tak perlu cakap besar, PKR bukan parti suci bersih - Puad

    Hassan tak perlu cakap besar, PKR bukan parti suci bersih – Puad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peringatan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim agar PKR tidak menjadi ‘tong sampah’ dengan menerima penyertaan bekas pemimpin parti lain, mengundang kecaman salah seorang pemimpin Umno.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata PKR bukanlah sebuah parti yang bersih, malah ada pemimpinnya sendiri pernah terpalit dengan rasuah.

    “Hassan Karim tidak perlu cakap besar bahawa PKR bukan parti tong sampah. PKR ada rekod matlamat halalkan cara. Parti mencari kuasa.

    “Apabila PKR Terima Tun M (Dr Mahathir Mohamad) jadi PM ke-7 adakah PKR tong sampah? Bila Tun M letak jawatan PM ke-7, PKR pujuk Tun M tarik balik hasrat itu.

    “Soalan mudah untuk Hassan Karim. Apakah dia akan bantah jika (Presiden Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan (Setiausaha Agung Bersatu) Hamzah (Zainudin) mohon sertai PKR?” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

    Semalam Hassan dilaporkan berkata pemimpin parti lain yang mahu menyertai PKR perlu ditapis dan disemak terlebih dahulu latar belakang mereka.

    Ini susulan penyertaan bekas ahli majlis tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman dalam PKR baru-baru ini

    Hassan berkata PKR juga tidak seharusnya menerima mana-mana pimpinan yang mempunyai rekod jenayah, bankrap dan melakukan rasuah.

    “Saya menyambut baik dan mengalu-alukan jika ramai orang termasuk daripada parti lain, sama ada anggota biasa atau pemimpin besar untuk menyertai PKR dengan syarat minimum iaitu mereka dengan jujur menerima dasar dan cita-cita Parti Keadilan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan parti.

    “Bagaimanapun, adalah wajar serta munasabah serta bertanggungjawab untuk semak ke atas pemimpin-pemimpin besar parti lain yang ingin menyertai PKR. Parti ini bukan tong sampah,” katanya kepada Malaysiakini

    ALSO READ:  Gerakan: Tak cukup nota bantahan, panggil duta China

    Mengulas lanjut Mohd Puad memetik satu peribahasa Melayu untuk menggambarkan bahawa PKR bukanlah parti bersih seperti mana dikatakan Hassan.

    “Hasan lupa peribahasa seekor lembu bawa lumpur semua terpalit. Jangan lupa kes rasuah Dr Xavier Jayakumar. Dulu naib presiden PKR.

    “Hassan perlu perincikan apa asas untuk mendakwa PKR adalah parti suci bersih. Rakyat lebih layak buat penilaian. Bukan dia dan Rafizi,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts