Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHassan 'terima' tapi minta Muda sokong inisiatif reformasi

    Hassan ‘terima’ tapi minta Muda sokong inisiatif reformasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menghormati keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meninggalkan kerajaan perpaduan. Katanya, sebagai parti politik yang bebas yang menekankan prinsip dan integriti, Muda berhak untuk menentukan arah perjuangan politiknya. “(Bagaimanapun) saya mohon kepada Syed Saddiq dan Muda semoga menyokong inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekiranya kerajaan membawa inisiatif reformasi di Parlimen yang memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga dalam undian berkenaan pindaan Perlembagaan Persekutuan atau usul-usul atau rang undang-undang yang baik dan progresif sifatnya yang dibentangkan dari semasa ke semasa,” katanya.

    Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

    Wakil rakyat lantang dari PKR itu, seterusnya mencadangkan Muda membina Third Force atau Kelompok Ketiga dalam politik Malaysia. Katanya, ini bagi memberi saingan sihat kepada Pakatan Harapan (PH)-BN dan Perikatan Nasional (PAS, Bersatu, Gerakan). “Third Force yang merangkumi Muda dan PSM misalnya adalah satu perkembagan sihat dalam politik Malaysia supaya memberi rakyat Malaysia pilihan yang lebih luas,” katanya lagi.

    Dalam satu kenyataan petang semalam, Muda mengesahkan parti itu telah keluar daripada blok kerajaan. Menurut parti itu, tindakan tersebut berkaitan dengan keputusan Peguam Negara yang melepaskan tanpa membebaskan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid Hamidi

    Pada 4 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membuat keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. Keputusan itu dibuat Hakim Collin Lawrence Sequerah, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, ketika kes itu sedang berada peringkat prosiding bela diri.

    ALSO READ:  Ketua pembangkang: Fahmi cadang Samsuri gantikan Hamzah

    Ketika ini Muda mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat iaitu presiden parti itu sendiri, Syed Saddiq, yang memenangi kerusi parlimen Muar pada PRU lalu.

    Anwar menerajui Putrajaya pada November tahun lalu dengan disokong oleh 148 daripada 222 anggota parlimen, dan ini merupakan jumlah asas untuk membentuk majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat. Jumlah 148 itu adalah termasuk Syed Saddiq, dan secara teori, kerajaannya menikmati majoriti dua pertiga dan boleh meminda Perlembagaan Persekutuan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts