Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHazmi: Jangan berlagak paling suci, jadi 'tikus baiki labu'

    Hazmi: Jangan berlagak paling suci, jadi ‘tikus baiki labu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional, Hazmi Hassan mengecam kenyataan seorang pemimpin parti yang beliau katakan cuba berlagak menjadi “paling suci” dan cuba mencipta persepsi buruk terhadap calon lain menjelang pengundian parti, akhir bulan ini.

    Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak secara khusus, Hazmi dipercayai merujuk kenyataan Pengerusi Amanah Pahang Zulkifli Mohamed yang antara lain mendakwa wujudnya budaya melantik golongan yang ‘pandai mengampu’ dan tidak memberi sumbangan kepada parti.

    “Generasi baru Amanah menghargai pesta demokrasi pengundian ini, namun janganlah berkempen dengan mencipta persepsi buruk kepada calon lain kononnya kitalah yang ‘terpaling suci’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, Zulkifli berkata demi kelangsungan parti, Amanah harus memberi perhatian kepada proses peralihan kepimpinan dengan memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui parti tersebut.

    Dia yang juga pengerusi Yayasan Rahmah juga berpendapat perwakilan perlu memilih pemimpin baru yang memiliki kualiti, berkarisma, kuat bekerja, sentiasa turun padang, bijaksana dan berani melakukan perubahan demi kesejahteraan ahli dan parti.

    Zulkifli Mohamed

    Katanya, Amanah bukan saja memerlukan strategi baru, malah pelan tindakan komprehensif untuk berdepan dengan naratif Melayu-Islam yang dibawa PN.

    “Justeru, Amanah memerlukan kombinasi kepimpinan baru yang membawa idea serta pendekatan yang lebih dekat dengan dinamika politik Malaysia,” katanya.

    Bagaimanapun, Hazmi berkata “pemimpin yang berkenaan” tidak perlu menjadi seperti “tikus membaiki labu” setelah gagal di Negeri sendiri.

    “Selepas gagal di Negeri sendiri, kini berlagak hero. Seperti katak di bawah tempurung, tetapi ingin mengajar ikan berenang. Sudah-sudahlah menjadi seperti tikus membaiki labu, buruk muka cermin dibelah,” sindirnya.

    Mengulas lanjut, Hazmi berkata mana-mana pihak yang ingin berkempen sempena pengundian akan datang perlu bersikap jujur dan matang serta tidak memburuk-burukkan calon lain hanya untuk meraih populariti.

    ALSO READ:  Malaysia sedia beri orang utan kepada negara beli sawit

    “Kempen pengundian perlulah disampaikan secara jujur tanpa mereka cerita ‘bulan bintang’ demi mendapat perhatian.

    “Hentikan adu domba, semai budaya pertandingan yang matang dan berfakta bukan hanya mencipta cerita buruk calon lain demi meraih populariti.”

    Justeru, dia berpesan agar kepimpinan dan ahli Amanah mengambil pengajaran daripada apa yang disifatkannya sebagai sejarah hitam dalam pengundian PAS sebelum ini, yang membawa kepada perpecahan dan menyaksikan sekumpulan tokoh parti itu bertindak keluar dan menubuhkan Amanah.

    “Buanglah jauh-jauh ‘DNA PAS’ yang berkempen secara tidak sihat dan mengamalkan budaya kempen negatif demi kepentingan kem atau diri sendiri,” katanya lagi, sambil berpesan agar pewakilan tidak memilih calon yang hanya ingin menaikkan diri sendiri dalam pengundian nanti.

    Pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah bagi penggal 2023-2026 akan diadakan serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah pada 22 hingga 24 Disember ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts