Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHenti kutuk PN atas kenyataan Dr M, kata Sayap Bersekutu Bersatu

    Henti kutuk PN atas kenyataan Dr M, kata Sayap Bersekutu Bersatu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sayap dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili ahli dari kalangan bukan Bumiputera cuba menjauhkan diri dan parti itu dari kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang mempertikai kesetiaan kaum India dan Cina di Malaysia.

    Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan meminta orang ramai tidak mengecam Perikatan Nasional (PN) berdasarkan pandangan bekas perdana Menteri itu.

    Kata Sanjeevan, ini kerana bekas ahli parlimen Langkawi itu bukan sebahagian gabungan PN, meskipun dilantik menjadi penasihat di empat Negeri yang ditadbir PN.

    “Saya minta pemimpin kerajaan dan orang ramai henti kutuk PN kerana kenyataan Mahathir. Dia bukan wakil PN.

    “Dia bukan sebahagian PN. Orang ramai tak perlu keliru. Mahathir hanya menyokong PN menjadi kerajaan.

    “Itu bukan bermaksud semua kenyataan dia mencerminkan pendirian PN,” katanya kepada Malaysiakini.

    Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini.

    Sementara itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang merupakan sayap yang mewakili ahli bukan Islam dalam parti itu, enggan mengulas mengenai kenyataan Mahathir ketika dihubungi.

    Beberapa hari lalu Mahathir ditanya mengenai kedudukan warganegara Malaysia dalam kalangan bukan Melayu dalam temu bual stesen TV satelit India, Thanthi TV.

    Mahathir yang dilantik menjadi penasihat kepada empat kerajaan Negeri pimpinan PN itu menganggap rakyat kaum Cina dan India Malaysia tidak mempunyai kesetiaan penuh kepada negara.

    Mahathir juga menuding jari kepada “pendatang” yang dianggapnya terus mengamalkan budaya serta adat masing-masing meskipun sudah menjadi warganegara Malaysia.

    Kenyataan itu disanggah pelbagai pihak termasuk daripada Gerakan yang merupakan parti komponen PN.

    Sanjeevan berkata bahawa kedudukan Mahathir sebagai penasihat kepada empat kerajaan Negeri pimpinan PN, hanya kerana pengalaman dia selaku perdana Menteri selama 22 tahun.

    ALSO READ:  Polis: Tiada unsur jenayah dalam laporan terhadap jurugambar PM

    “Kita perlu faham, jawatan penasihat itu kerana dia bekas perdana Menteri dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai ekonomi sesebuah Negeri.

    “Tidak kena mengena dengan pendirian dia. Lebih-lebih lagi dia tak menyertai dalam mana-mana parti komponen PN, walaupun sudah umum keluar daripada parti Pejuang.

    “Kita Sayap Bersekutu Bersatu tidak akan sesekali menyokong mana-mana pihak membuat kenyataan mencabar perpaduan di antara kaum di negara ini,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts