Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHilang wang simpanan di Dungun tiada kaitan Padu - polis

    Hilang wang simpanan di Dungun tiada kaitan Padu – polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menjelaskan bahawa kehilangan wang dalam akaun bank membabitkan beberapa individu di Dungun adalah disebabkan oleh perbuatan ‘scammer’ atau sindiket penipuan dan tiada kaitan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

    Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan ‘phishing’ atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.

    “Anda boleh keluarkan duit di Tabung Haji dan Bank Islam… takut scammer ini berjaya menggunakan kedua-dua pautan ini untuk kelirukan mangsa.

    “Jadi bila (mangsa) salah tekan pautan sama ada menerusi Bank Islam atau Tabung Haji, jadi scammer boleh salin kata laluan dan keluarkan duit tanpa disedari mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan tular menerusi media sosial kononnya beberapa individu di Dungun kehilangan wang simpanan di Bank Islam yang bersangkut paut dengan Padu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts