Himpunan yang dirancang Pemuda PN Sabtu ini bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi ditukar kepada sambutan Hari Malaysia. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.
“(Kami hadir)beri keterangan berhubung sidang media pada Ahad lalu. “Tak ada arahan untuk katakan kami tak boleh berhimpun. Jadi kita teruskan,” kata Wan Ahmad Fayhsal selepas pertemuan dengan polis selama hampir satu setengah jam.
Turut dipanggil adalah Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari dan Adun Gombak Setia Hilman Idham.
Wan Ahmad Fayhsal yang juga ahli Parlimen Machang berkata himpunan yang dijadual berlangsung Sabtu ini juga akan berlangsung secara aman bertemakan ‘Selamatkan Malaysia’. “Kita akan teruskan dengan himpunan. Himpunan aman, kita sambut Hari Malaysia dengan tema ‘Selamatkan Malaysia’.
“Ini bukan demonstrasi, tapi himpunan. Kami tidak akan ke jalan raya. Kita hanya berkumpul bersama bendera Malaysia. Kita beli kunafah, kebab, McDonald’s di sekitar kawasan Bukit Bintang,” katanya lagi.
[Berita lanjut menyusul]