Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHina Agong: Pemuda Umno Pasir Gudang lapor polis

    Hina Agong: Pemuda Umno Pasir Gudang lapor polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

    Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Matyasir Ahmad Basir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di Johor Bahru pagi tadi.

    Beliau berkata hantaran pemilik akaun Facebook bernama “Hezry Yasin” yang dipercayai seorang pemimpin muda sebuah parti politik, disifatkan berunsur fitnah dan menghina institusi diraja.

    “Laporan polis ini dibuat supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kita tidak mahu isu dan perkara sebegini akan mengundang rasa tidak hormat dan penghinaan kepada institusi diraja berterusan,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Seri Alam di sini hari ini.

    Pemilik akaun Facebook itu dalam hantarannya menyatakan beliau tidak menadahkan tangan ketika bacaan doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja semasa khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di Johor.

    Pemilik akaun tersebut turut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahankan Islam ketika agama diancam.

    Sementara itu Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

    Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts