Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Hisap vape': Ikmal Hisham lapor polis, mulakan tindakan undang-undang

    ‘Hisap vape’: Ikmal Hisham lapor polis, mulakan tindakan undang-undang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz akan memulakan tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun media sosial X (dulu dikenali sebagai Twitter)@sadiqasyraf yang mendakwa dia menghisap vape di Dewan Rakyat.

    Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai khasnya berhubung perkara itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil bagi mencari kebenaran.

    Dia juga meminta Speaker Dewan Rakyat menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Parlimen bagi mengetahui perkara sebenar sama ada dia memang menghisap vape atau sebaliknya.

    “…Atas ketegasan yang sama juga, laporan polis yang telah dilakukan oleh pegawai saya itu akan disusuli dengan tindakan undang-undang oleh saya ke atas @sadiqasyraf.

    “Tindakan undang-undang tersebut bagi menuntut beliau meminta maaf atas fitnah yang dilakukan sehingga ia telah menjejaskan reputasi saya dan mengakibatkan saya menjadi mangsa serangan dalam media soial akibat penyiaran gambar tidak bertanggungjawab berkenaan.

    “Saya juga menyifatkan penyiaran gambar itu bermotif politik dan telah menjejaskan imej saya dan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya.

    “Untuk makluman, saya juga telah menerima surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat yang meminta saya memberikan penjelasan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung gambar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Laporan polis dibuat oleh pegawai khasnya, Wan Mohd Faissol Ismail di IPD Dang Wangi, hari ini.

    Semalam, Ikmal Hisham menafikan dakwaan dia menghisap vape di Dewan Rakyat selepas gambarnya memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.

    Memetik laporan FMT dia menjelaskan bahawa objek yang dimaksudkan adalah sebatang pen.

    Ikmal dipetik portal berita itu sebagai menegaskan bahawa dia tidak merokok mahupun hisap vape.

    “Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah orang merokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya dilaporkan berkata.

    ALSO READ:  'Amerika syaitan' antara dilaung di depan kedutaan AS

    Minta salinan gambar dari speaker

    Sementara itu Ikmal berkata, dia memohon Speaker supaya meminta salinan gambar berkenaan daripada jurugambar perdana Menteri untuk mendapatkan maklumat terperinci.

    “Selain itu saya juga memohon Speaker Dewan Rakyat meminta @sadiqasyraf yang bertanggungjawab merakam foto itu menyerahkan kepada pihak Speaker Dewan Rakyat semua gambar saya yang dirakam oleh beliau pada ketika itu.

    “Saya yakin dan percaya beliau ada mengambil beberapa gambar saya ketika saya sedang berjalan keluar namun sengaja memaparkan satu gambar dari sudut untuk memperlihatkan saya seolah-olah sedang menghisap vape.

    “Ini amat berniat jahat dan tidak bertanggungjawab sama sekali,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts