Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHormati akar umbi dalam putuskan lantikan politik, kata perwakilan PKR

    Hormati akar umbi dalam putuskan lantikan politik, kata perwakilan PKR

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KONGRES PKR | Seorang perwakilan dari PKR Melaka mengingatkan pemimpin tertinggi parti itu yang kini memegang jawatan dalam kerajaan supaya menghormati struktur dan akar umbi dalam membuat keputusan lantikan politik.

    Naib Ketua PKR Melaka, Ginie Lim dalam ucapannya berkata pemimpin tertinggi parti itu perlu menyelaraskan struktur kuasa dan pentadbiran Pakatan Harapan di semua peringkat.

    “Ini bagi membolehkan gerak kerja di peringkat akar umbi berjalan dengan lebih kemas dan berkesan, seperti jawatankuasa PH di peringkat Parlimen, pelantikan Penyelaras DUN dan parlimen di kerusi yang kalah.

    “Kedua, pimpinan tertinggi perlu menghormati struktur kuasa parti sebagaimana ketua-ketua Cabang dan ketua-ketua ranting menghormati struktur kuasa parti.

    “Harus ingat, apabila hujan lebat, air naik, rumah terbakar, angin ribut bumbung terbang, kemalangan, sakit dan kematian, pimpinan cabang dan ranting adalah frontliner yang turun padang sampaikan bantuan dan beri sokongan,” katanya.

    Justeru, Ginie berkata cabang-cabang PKR adalah pentadbir rasmi parti di peringkat akar umbi yang harus dihargai perananannya.

    “Kalau pimpinan tertinggi membuat keputusan lantikan politik tanpa melibatkan cabang, akhirnya masalah rakyat tidak dapat diselesaikan,” ujarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts