Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHormati keputusan mahkamah, bertenang - Sultan

    Hormati keputusan mahkamah, bertenang – Sultan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.

    Seruan tersebut dikeluarkan kira-kira seminggu selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan 16 daripada 18 peruntukan jenayah syariah Kelantan terbatal kerana melampaui kuasa Negeri.

    “Dalam menangani isu yang berbangkit ini, apa yang lebih penting ialah usaha kita dalam mencari jalan untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul dengan mengkaji kaedah memperluaskan kompetensi badan perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.

    Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan baginda bersidang di Putrajaya hari ini.

    Ia turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar.

    Sementara itu, baginda juga menyatakan kajian perlu dibuat sekiranya ada keperluan meminda perlembagaan atau undang-undang, bagi memastikan kuasa badan perundangan Negeri termaktub secara jelas.

    Baginda juga menegur tafsiran pelbagai pihak, termasuk yang menimbulkan pelemik sehingga mengelirukan umat Islam.

    “Malah ada yang telah menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut sebagai detik Black Friday (Jumaat hitam) kepada undang-undang jenayah syariah Islam di negara ini.

    “Beta tidak berhasrat untuk turut sama terlibat dalam polemik tersebut,” titah baginda tanpa menyebut mana-mana pihak.

    Sejurus selepas keputusan kes yang difailkan Nik Elin Nik Abdul Rashid Jumaat lalu, PAS menggelar hari itu sebagai Jumaat Hitam atas alasan ia akan turut “mengancam” enakmen Negeri lain.

    Sementara itu, Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah mendapat makluman bahawa Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam sedang meneliti persoalan itu.

    ALSO READ:  'Wakil Bersatu gubal RUU antilompat nampak ringan-ringan saja'
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts