Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHospital Al Shifa kini tidak berfungsi selepas 14 hari diserang Israel

    Hospital Al Shifa kini tidak berfungsi selepas 14 hari diserang Israel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hospital terbesar di Gaza, Hospital Al Shifa, kini tidak berfungsi selepas musnah berikutan operasi serangan selama 14 hari oleh tentera Israel di dalam dan sekitar fasiliti itu, menurut Doktor Tanpa Sempadan (MSF).

    “Doktor Tanpa Sempadan terkejut kerana Hospital Al Shifa kini telah musnah,” menurut MSF dalam catatan di laman web.

    MSF, sebuah pertubuhan kemanusiaan perubatan antarabangsa menyatakan bahawa memandangkan tahap kemusnahan yang dialami hospital itu, penduduk di utara semakin terhimpit untuk mendapatkan kemudahan kesihatan.

    “Akses ke Hospital Al Shifa adalah mustahil selama beberapa hari, menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan,” kata MSF.

    MSF juga melaporkan penangkapan besar-besaran kakitangan perubatan dan individu lain di dalam dan di sekitar hospital.

    Keganasan serangan dan pertempuran hebat itu turut memberi kesan kepada klinik MSF yang terletak berhampiran hospital, menurut pertubuhan itu.

    “Saya melihat kerosakan besar. Saya terkejut. Pejabat, klinik, semua kereta dan generator rosak,” kata seorang kakitangan MSF.

    Petugas MSF melawat Hospital Al Shifa pada bulan Januari dan Mac. Walaupun hospital itu hanya berfungsi sebahagiannya dan kekurangan bekalan, kakitangan perubatan masih merawat lebih 200 pesakit pada Mac.

    MSF menyeru pemindahan selamat pesakit yang tinggal supaya mereka dapat menerima rawatan yang mereka perlukan.

    “Gencatan senjata segera dan berkekalan mesti dilaksanakan sekarang untuk menghentikan kemusnahan kemudahan penjagaan kesihatan, membahayakan nyawa pesakit dan kakitangan perubatan,” kata MSF.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts