Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHotel, restoran di Pahang kurang minat mohon sijil halal

    Hotel, restoran di Pahang kurang minat mohon sijil halal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masih ramai pengusaha hotel dan restoran di Pahang kurang berminat untuk memohon sijil pengesahan halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Abdul Zaki Md Zain, ketika ditemui media di Kuantan, semalam.

    Dia berkata, antara punca perkara itu berlaku ialah disebabkan ramai beranggapan proses untuk memperoleh sijil halal sangat rumit dan mengambil masa yang panjang.

    “Sebenarnya kalau mereka sudah memiliki sijil MesTI (makanan selamat tanggungan industri) dikeluarkan Kementerian Kesihatan, maknanya 80 peratus daripada proses untuk mendapatkan sijil halal sudah dipenuhi.

    “Mungkin perkara seperti ini tidak diketahui oleh ramai pengusaha hotel atau restoran, maka sambutan daripada mereka masih kurang,” katanya.

    Abdul Zaki turut memberitahu setakat ini Jaip sudah meluluskan 200 permohonan sijil halal Jakim kepada hotel dan restoran di Pahang.

    Daripada jumlah itu, katanya, 150 dikeluarkan untuk restoran manakala 50 lagi diberikan kepada hotel.

    “Data itu direkodkan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIP sehingga Sept lalu.

    “Berdasarkan rekod yang kami ada, semua restoran yang beroperasi di hentian rehat dan rawat (R&R) sudah ada sijil halal.

    “Bagi hotel pula, di Kuantan ada 20 hotel sudah memiliki sijil halal, sembilan hotel di Bentong, lapan di Cameron Highlands, lima di Rompin, tiga di Temerloh dan masing-masing dua di Lipis dan Jerantut.

    “Satu hotel di Pekan juga sudah memperoleh sijil halal seperti yang disarankan JAIP,” katanya lagi.

    Untuk tahun depan pula, JAIP menyasarkan 250 lagi premis mendapat sijil halal dan kakitangan Bahagian Pengurusan Halal JAIP sedang giat memberi penerangan kepada kumpulan terbabit.

    “Mereka sedang giat menyantuni pengusaha hotel, restoran dan kedai makan dengan memberikan pencerahan, taklimat atau pun (membantu dari segi) permohonan sehingga pengusaha berkenaan memperolehi sijil halal.

    ALSO READ:  Australia Selatan berdepan gelombang baru Covid-19

    “Paling penting ialah pengusaha memastikan bahan digunakan seperti daging adalah halal dari segi sembelihan dan tidak menggunakan ramuan yang bercampur dari sumber tidak halal,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts