Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHSR: Saya baru terima laporan, akan teliti, kata Anwar

    HSR: Saya baru terima laporan, akan teliti, kata Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan akan mengkaji kesan penarikan diri firma Jepun dari projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura terhadap projek tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Kita akan lihat.. Saya baru terima laporan sebentar tadi,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Desa Pinggiran Putra, di Sepang hari ini.

    Menurut laporan agensi berita Jepun, Kyodo News yang memetik sumber, syarikat negara tersebut memutuskan untuk menarik diri kerana berpendapat ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.

    Pada Julai 2023, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) telah melancarkan proses Permintaan Maklumat (RFI) bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR KL-Singapura melalui model perkongsian awam swasta.

    Pelaksanaan proses RFI itu juga menandakan inisiatif kerajaan dalam usaha melaksanakan semula projek HSR KL-Singapura menerusi mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan yang baharu, selain usaha untuk mempertingkat infrastruktur pengangkutan rel dan merancakkan ekonomi negara.

    Tarikh akhir penyerahan RFI bagi projek HSR KL-Singapura telah dilanjutkan sehingga 15 Januari 2024, berbanding tarikh asalnya yang ditetapkan pada 15 November 2023.

    Pada 27 Julai 2023, MyHSR Corp telah mengadakan taklimat RFI untuk projek HSR, yang dikatakan menarik lebih 700 peserta tempatan dan asing.

    Mengulas permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  supaya tindakan diambil untuk menurunkan dan melarang tayangan dokumentari bertajuk ‘Man On The Run’ dalam platform penstriman Netflix, Anwar berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan perkara itu.

    Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili  Najib menghantar surat kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Pengawal Selia MCMC Datuk Zulkairnain Mohd Yasin, memohon supaya mengambil tindakan dengan menurunkan serta melarang tayangan dokumentari itu di Netflix.

    ALSO READ:  PM bantu kempen calon BN di Pelangai esok

    Laporan media menyebut Muhammad Shafee mahu kerajaan menarik penyiaran dokumentari berdurasi satu jam 38 minit itu di Malaysia kerana berpendapat ia bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan tersebut.

    “Yang itu mereka (kerajaan) akan pertimbangkan,” kata Anwar.

    Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Al-Hidayah, dan sebelum itu makan tengah hari di Restoran Arham, berhampiran dan disaji dengan menu asam pedas.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts