Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit

    HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sedang menyiasat dakwaan kecuaian hospital yang dikatakan meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantung pesakit semasa rawatan di fasiliti tersebut.

    Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata pihaknya memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus mengikut prosedur yang ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.

    “Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat. Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Sebelum ini, catatan menerusi akaun Facebook seorang lelaki telah tersebar luas yang meluahkan rasa kecewa serta mendakwa pihak HTAR meninggalkan dawai sepanjang 22 sentimeter (Guidewire) di dalam saluran darah ke jantung seorang pesakit buah pinggang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts