Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHTJ tubuh jawatankuasa siasat dakwaan kes salah laku doktor

    HTJ tubuh jawatankuasa siasat dakwaan kes salah laku doktor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan berlakunya kes salah laku di Jabatan Ortopedik hospital tersebut seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

    Pengarah HTJ Datuk Dr Zaleha Md Noor menyatakan langkah ini diambil susulan hantaran yang tular di dua platform media sosial pada 3 dan 8 Mac lepas, berkenaan pakar ortopedik yang didakwa kurang sopan.

    Kandungan hantaran tersebut turut menyenaraikan dakwaan salah laku yang didakwa berlaku di jabatan tersebut.

    “Satu jawatankuasa penyiasatan telah diwujudkan khas untuk menyiasat dengan segera isu tersebut.

    “Kami memohon agar pihak yang terlibat tidak difitnah sehingga siasatan selesai sepenuhnya,” beliau menyatakan dalam kenyataan hari ini.

    Isu mengenai dakwaan salah laku petugas kesihatan di HTJ telah tular di media sosial sejak beberapa hari lepas dan tersebar menerusi sepucuk surat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts