Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad.
Menurut kenyataan MetMalaysia amaran itu membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.
Di Pahang pula, amaran sama membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta menghubungi talian hotline jabatan itu 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.
– Bernama