Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHukuman lebih berat dalam pindaan undang-undang EIA

    Hukuman lebih berat dalam pindaan undang-undang EIA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan sedang dalam proses meminda undang-undang berkaitan pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

    Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata cadangan pindaan itu akan menyaksikan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan.

    “Hukuman sedia ada bagi kesalahan melibatkan aktiviti EIA di bawah Seksyen 34A(8) (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974) ialah denda RM500,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1,000.

    “Dalam pindaan baharu itu, hukuman yang akan dikenakan ialah penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak kurang RM100,000, dan tidak melebihi RM1 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Malaysiakini.

    Nik Nazmi Nik Ahmad

    EIA kini dikawal dan dikuatkuasakan oleh kerajaan persekutuan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

    Bulan lalu, Nik Nazmi dalam temu bual dengan Malaysiakini, memaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dalam proses mengkaji semula pelaksanaan EIA di Malaysia.

    Disebabkan oleh kelemahan yang menyelubungi peraturannya, EIA dalam amalan, mungkin dilihat sebagai simbol yang dipisahkan daripada realiti sebenar apa yang berlaku.

    Antara kelemahan yang dibangkitkan adalah pemaju lazimnya mengelakkan pendedahan awam laporan EIA mengenai projek mereka dengan membahagikan projek utama kepada projek bersaiz sederhana.

    Cabaran lain yang dihadapi oleh kementerian ialah perunding EIA yang berat sebelah dalam menjalankan laporan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,241FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts