Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesHukuman Najib: PH akan tanggung akibatnya pada PRU16 - penganalisis

    Hukuman Najib: PH akan tanggung akibatnya pada PRU16 – penganalisis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PH akan menanggung akibat daripada pengurangan hukuman penjara dan denda bekas perdana Menteri Najib Razak pada PRU akan datang, menurut seorang penganalisis bebas.

    Penulis buku berkenaan skandal 1MDB, P Gunasegaram berpandangan isu tersebut akan menjejaskan sokongan terhadap PH yang akhirnya akan memberi manfaat kepada seterunya, iaitu PAS.

    “Saya fikir akan ada harga yang perlu dibayar pada PRU16 nanti.

    “PH sangat dirasakan membisu (berhubung keputusan Lembaga Pengampunan), kecuali mereka yang tidak berada dalam kerajaan yang mengeluarkan kenyataan, seperti Ramkarpal Singh dan Tony Pua daripada DAP, serta Hassan (Karim) daripada PKR.

    “Tetapi, pada akhirnya siapa yang akan mendapat manfaat daripada semua ini? Jika mengambil kira status quo sekarang, pihak itu adalah PAS, yang meraih sokongan besar pada PRU 2022,” kata penulis buku 1MDB:The Scandal That Brought Down A Government itu lagi.

    P Gunasegaram

    Dia berkata demikian dalam wawancara di BFM bersama penyampai Wong Shou Ning semalam.

    Wawancara itu turut menampilkan peguam jenayah, Goh Cia Yee dan membincangkan keputusan untuk mengurangkan hukuman Najib dan kesannya kepada negara.

    Guasegaram turut menyasarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kempen antirasuahnya, dengan menyifatkan Anwar telah mengorbankan aspirasinya atas tanggapan yang salah, iaitu Najib dapat membantu meningkatkan sokongan Melayu terhadap kerajaan.

    “Rancangan keseluruhannya seolah-olah untuk mengembalikan Najib ke arena politik..tanggapan salah yang dia ada sokongan Melayu yang besar.

    “Jika anda melihat ke belakang, ia menunjukkan dia tiada (sokongan itu),” katanya, merujuk kekalahan Umno ketika Najib menjadi presiden parti itu dalam PRU 2018.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts