Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIbu dan teman lelaki didakwa bunuh anak

    Ibu dan teman lelaki didakwa bunuh anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di Taiping hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia sembilan tahun, bulan lalu. Siti Farina Mohamed Basharol Ariffin, 36, dan Izuhaizad Ismail, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nur ‘Atiqah Sapari.
    Mereka didakwa bersama-sama membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Hasiffaidhi Mohamad Jeffry, 9, di sebuah rumah di Jalan Panglima 5, Taman Panglima Assam Kumbang di Taiping antara 10 pagi, 29 Julai dan 10.52 pagi, 30 Julai yang lalu.
    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
    Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan hendaklah jika tidak dihukum dengan hukuman mati dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
    Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 16 Oktober ini untuk laporan kimia, bedah siasat, forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
    Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun.
    Pada 31 Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah dan atas maklumat orang awam dan hasil siasatan awal mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa.
    Polis kemudiannya menahan ibu mangsa dan teman lelakinya yang turut tinggal di rumah tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts