Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIbu didakwa aniaya anak hingga cedera

    Ibu didakwa aniaya anak hingga cedera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.

    Peniaga makanan berusia 33 tahun itu didakwa sebagai ibu kepada mangsa telah dengan sengaja menganiaya kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di Kuala Lumpur antara 9 malam hingga 9.30 malam pada 9 Nov 2022.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

    Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

    Peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya sedang hamil dua bulan dan memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan polis.

    “Pihak pembelaan tidak membantah syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan anak guam juga akan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah,” kata peguam itu.

    Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

    Mahkamah menetapkan 2 Mei ini untuk sebutan kes.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts