Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIbu keluarkan anak dari sekolah tahfiz, persoal 'budaya' rotan

    Ibu keluarkan anak dari sekolah tahfiz, persoal 'budaya' rotan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Harapan seorang ibu agar anaknya menjadi seorang “hafiz” dan menghafaz Al-Quran berkecai apabila dia terpaksa mengeluarkan anaknya dari sekolah agama di Sungai Merab, Bangi, selepas mendakwa anaknya didera secara fizikal awal tahun ini.

    Warga Australia, Nisa Wulandari yang berasal dari Indonesia berkata, dia sebelum ini disarankan mendaftarkan anaknya, Mustofa Adam Putra, 13, di Maahad Tahfiz Pondok Durani, sebuah sekolah hafiz berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor.

    Sabtu lalu, penemuan kesan lebam dan parut akibat sebatan rotan pada badan anaknya mendorong Nisa mengarahkan laporan polis dibuat supaya tindakan diambil terhadap pelaku.

    Nisa kini menetap di Perth bersama suami dan empat anaknya yang lain.

    “Pada 17 Mei jam lebih kurang 2230 semasa (berada) di alamat di atas saya telah dapat video call daripada ibu Mustofa Adam Putra bernama Nisa Wulandari dari Australia, telah menunjukkan kesan lebam di belakang anaknya akibat dirotan,” menurut laporan polis.

    “Dia direman empat hari, disabitkan kesalahan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara dua minggu,” kata Nisa yang berada di Malaysia untuk membawa anaknya pulang ke Australia.

    “Anak saya masih mahu melanjutkan pelajaran di sana, dia ada ramai kawan, tapi sebagai ibu saya tidak boleh membenarkan dia tinggal di sana,” katanya.

    Nisa mendakwa kes dera itu bermula sejak awal tahun ini selepas sekolah itu diletakkan di bawah institusi pendidikan DarSa, milik pengasas Yayasan Darul Sajidin, Muhd ​​Zainul Asri Mohd Romli, yang juga pengendali restoran Ayam Goreng, DarSa.

    Penggunaan rotan

    Laman Facebook sekolah itu turut memaparkan gambar Zainul Asri menghadiri majlis perasmian sekolah berkenaan pada November lalu.

    Ketika dihubungi, guru besar Pondok Durani Mohd Fairus Shuaib mengesahkan pelaku kini telah dihukum penjara, namun pada masa yang sama berkata adalah “malang” kejadian itu tidak dapat diselesaikan secara baik.

    ALSO READ:  Russia steps up attacks near Ukraine's Kurakhove in east

    “Kami sedih dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

    “Bagi pihak kami, kami telah mengambil pengajaran mengenai kejadian yang berlaku dan telah mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan kami,” katanya.

    Dia berkata, tiada keputusan dibuat mengenai status pelaku di sekolah berkenaan

    Pada masa yang sama, Fairus berkata walaupun penggunaan rotan dalam bilik darjah dianggap “boleh diterima”, namun menyebabkan parut kekal adalah “agak berlebihan”.

    “Sebatan bukan bertujuan mendera. Cuma agak tegas untuk ‘mendisiplinkan’ pelajar ketika menghafaz Al-Quran,” katanya sambil menambah pelajar Pondok Durani perlu menghafaz satu muka surat sehari.

    Sebagai warganegara Australia, Nisa berkata dia juga telah melaporkan kes itu kepada Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.

    “Niat saya untuk mengetengahkan kes itu sebenarnya adalah untuk mempersoalkan pendapat orang ramai mengenai budaya ‘rotan’ di sekolah-sekolah di sini (Malaysia). Di Australia atau Indonesia, ia tidak akan diterima.

    “Walaupun saya setuju bahawa ia (rotan) boleh jadi kaedah (pengajaran) yang ‘kuat’, ada sesetengah individu tidak dapat membezakan had (penderaan),” kata Nisa.

    “Apakah had dan siapa yang menetapkannya? Seorang kanak-kanak boleh terkesan secara mental dan mereka boleh membesar menjadi individu yang mengamalkan budaya dera yang sama,” katanya.

    Sejak mengeluarkan anaknya daripada sekolah itu, Nisa berkata, dia berharap lebih ramai ibu bapa menyedari kesan kejadian seumpama itu terhadap masa depan anak-anak mereka.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts