Gelak ketawa, bergambar, jalan-jalan di pusat beli belah.
Itu detik terakhir kegembiraan buat keluarga anak autisme yang mati dibunuh di Petaling Jaya Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ibunya Ismanira Abdul Manaf, 28, berkongsi gambar kenangan terakhir itu yang diambil sehari sebelum dia hilang dan kemudian ditemui meninggal dunia.
“Waktu ini Isnin minggu lepas, 4 Disember, ini last mommy dan daddy dapat bawak abang jalan-jalan. Abang dengan adik suka sangat jalan-jalan.
“Dapat pusing-pusing mall makan-makan itu memang happy sangat-sangatlah dua beradik ini, penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan.
“Happy sangat abang waktu ni, mommy daddy dan adik pun happy waktu ni. Tak sangka ini moment happy terakhir kita. Mommy abadikan kat sini ya.
“Ibu abadikan detik terakhir bersama Zayn Rayya,” tulisnya.
Perkongsian itu menerima 10,000 reaksi dan ratusan komen yang turut sedih dengan kehilangan tragis itu, lebih-lebih lagi ketika polis giat mengenal pasti pembunuhnya.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Disember.
Mayatnya ditemui sehari kemudian di kawasan aliran air tidak jauh daripada rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya.
Dia pada mulanya disangka mati lepas tetapi laporan bezah siasat selepas itu mendapati terdapat kesan kecederaan di leher dan badan yang membawa kepada kesimpulan baru dia dibunuh.
Polis sejak itu menjalankan siasatan besar-besaran termasuk mengambil sampel DNA penduduk di kawasan kediamannya di Idaman Apartment.