Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIbu lima anak ditemukan mati dipercayai disamun, dirogol

    Ibu lima anak ditemukan mati dipercayai disamun, dirogol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ibu kepada lima anak ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dipercayai disamun dan dirogol di kawasan semak kebun pisang di Kampung Pisang di Lahad Datu, Sabah, semalam.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad menyatakan mangsa warga asing berusia 36 tahun dan bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah restoran itu ditemui dengan kesan hentakan objek tumpul di bahagian kepala dan kesan kelar oleh senjata tajam di bahagian leher.

    “Berdasarkan siasatan, mangsa keluar bekerja pada jam 6.15 pagi tadi, namun selepas itu majikan menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui keberadaan mangsa kerana tidak sampai ke tempat kerja.

    “Keluarga mangsa yang berasa curiga, berusaha mencari mangsa di kawasan laluan rutin mangsa sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak,” katanya dalam satu kenyataan di Lahad Datu, Sabah.

    Rohan Syah berkata polis bahagian siasatan jenayah di Lahad Datu yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemukan kesan air mani pada bahagian kemaluan mangsa selain barang termasuk telefon bimbit dan wang tunai mangsa didapati hilang.

    Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bezah siasat dan polis sedang mengesan suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya membantu siasatan dengan menghubungi balai polis terdekat atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Lahad Datu, ASP Kharuddin Husain di talian 013-9071709.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts