Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesICJ arah Israel segera hentikan serangan di Rafah

    ICJ arah Israel segera hentikan serangan di Rafah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat mengarahkan Israel untuk segera menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, sebuah bandar di selatan Semenanjung Gaza yang diserang sejak 6 Mei, lapor Agensi Anadolu.

    “Israel mesti segera menghentikan serangan ketenteraannya atau sebarang tindakan lain di wilayah Rafah yang boleh menyebabkan kumpulan Palestin di Gaza, keadaan hidup yang boleh membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian,” kata Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam.

    Hakim tersebut membacakan perintah mengenai langkah sementara tambahan yang diminta oleh Afrika Selatan dalam kes genosid yang berterusan terhadap Israel.

    ICJ mengatakan perubahan dalam perintahnya pada 28 Mac adalah berdasarkan perubahan keadaan akibat serangan ke atas Rafah, iaitu rakyat Palestin yang dipindahkan telah berlindung daripada peranang yang bermula pada Oktober.

    Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 800,000 orang telah melarikan diri dari bandar tersebut akibat pencerobohan darat.

    Keputusan mahkamah itu juga menyatakan bahawa Israel belum melakukan tindakan yang cukup atau memadai untuk menangani dan menghilangkan kebimbangan berkaitan kesan negatif operasi ketenteraannya di Rafah.

    ICJ juga meminta Israel untuk mengekalkan lintasan sempadan Rafah terbuka bagi membolehkan akses tanpa halangan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

    Ia mengarahkan Tel Aviv untuk menyerahkan laporan mengenai langkah-langkah yang diambil berdasarkan perintah terbaru itu dalam tempoh sebulan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts