Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIGP akui gaji rendah antara faktor polis terlibat rasuah

    IGP akui gaji rendah antara faktor polis terlibat rasuah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain, hari ini tidak menafikan gaji yang rendah dan sikap individu antara faktor yang menyebabkan seseorang pegawai serta anggota terlibat dalam kesalahan rasuah. Beliau berkata selain faktor tersebut, banyak lagi faktor lain yang perlu dilihat ke arah melahirkan pegawai dan anggota yang bersih serta berintegriti. “Memang saya akui, gaji itu merupakan satu daripada faktor. Saya ambil indikator begini gaji konstabel termasuk elaun RM2,500 menetap di Kuala Lumpur dia (dikategorikan) miskin bandar, tetapi, kalau duduk di Kuala Nerang (Kedah), Besut (Terengganu) dan Kinabatangan (Sabah) atau Beluran (Sabah) gaji dia itu banyak, itu antara satu faktor yang perlu dilihat. “Kalau dibandingkan dengan Singapura tiada rasuah sebab gaji kecil kerana itu negara kecil. Kita sendiri ada 137,000 personel dan akan bertambah pada tahun ini dengan kemasukan 4,000 lagi (pegawai dan anggota polis),” katanya kepada pemberita selepas program Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran di Klang, hari ini.

    Razaruddin turut menjelaskan bahawa masih terdapat kes-kes rasuah membabitkan golongan yang berpendapatan tinggi. “Kalau gaji konstabel ini sikit dan terlibat dalam rasuah, saya boleh bagi peratusannya, kita juga biasa dengan berita apabila ada pengarah syarikat dan agensi pun ditangkap. “Adakah gaji mereka sedikit? Oleh itu, perkara ini lebih kepada sikap seseorang itu,” tegas Razaruddin. Dalam pada itu, Razaruddin berkata mana-mana pihak boleh membuat laporan terhadap dirinya sekiranya beliau melanggar undang-undang atau peraturan. “Masyarakat mempunyai hak dari segi undang-undang dan perlembagaan dalam menyalurkan maklumat atau membuat laporan terhadap mana-mana polis di negara ini. “Sekiranya, saya langgar undang-undang dan tidak ikut peraturan, laporkan disebabkan saya pun polis. “Kita memang terbuka dan mengalu-alukan masyarakat di seluruh negara beri maklumat dan laporkan supaya siasatan adil dapat dijalankan. “Mana-mana pegawai dan anggota terlibat, kita akan tuduh di mahkamah,” katanya. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts