Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIGP: Klang Bandar Diraja bukan 'bandar Colombia'

    IGP: Klang Bandar Diraja bukan ‘bandar Colombia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini menegaskan Bandar Klang adalah Bandar Diraja dan menolak tanggapan negatif sesetengah pihak bahawa bandar itu seperti ‘Bandar Colombia’ kerana khuatir akan mencetuskan kebimbangan orang ramai.

    Beliau berkata hasil lawatannya di bandar tersebut tidak menunjukkan seperti yang diperkatakan, sebaliknya ia sebuah bandar yang aman dan bersih.

    “Persespi tersebut hanya diwujudkan oleh beberapa portal (media) bermula daripada kes ejen hartanah disamun sebelum ini.

    “Saya nak bersihkan bandar ini (daripada) stigma dan persepsi berkaitan Bandar Colombia ..ia bukan Bandar Colombia, tetapi ia tetap Bandar Klang, Bandar Diraja,” katanya kepada pemberita selepas program Walkabout Pencegahan Jenayah di Klang hari ini.

    Beliau berkata pihak polis menjalankan operasi pencegahan jenayah dan tangkapan sejak Januari hingga 1 Feb lepas termasuk bagi kesalahan dadah, antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), kontraban dan jenayah lain.

    “Kita tidak akan membenarkan portal-portal media mengatakan bandar ini Bandar Colombia,” katanya menambah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ada berbincang dengannya berkaitan isu berkenaan dan memaklumkan kenyataan beliau telah disalahtafsirkan.

    Razarudin berkata jika dibandingkan kes jenayah di kawasan lain di Selangor, didapati Gombak, Kajang dan Petaling Jaya (PJ) merekodkan angka lebih tinggi setakat Januari lepas.

    “Untuk tahun ini (setakat Januari), Gombak, PJ dan Klang Selatan. Kalau ikut tahun dulu, Klang Utara ini jatuh bawah lagi,” katanya.

    Sebelum ini, Mohd Shuhaily pada program Townhall di Persatuan Hokkien di Klang menyatakan bahawa kadar jenayah bukan sahaja naik di Klang malah beliau sedih apabila Klang ditularkan seperti bandar Colombia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts