Lelaki Israel yang ditahan di Kuala Lumpur bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru bulan lalu dijangka didakwa di mahkamah minggu ini, menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Razarudin berkata, pasangan warga tempatan yang didakwa menjual senjata tersebut kepada lelaki itu pula akan didakwa di mahkamah Klang hari ini.
“Suami isteri yang memiliki senjata api akan dituduh di mahkamah Klang hari ini.
“Berkenaan warga Israel, kita masih teruskan siasatan, kumpul lagi maklumat untuk dapat motif sebenar dia memiliki enam senjata api yang kita tahu diperolehi dari negara jiran.
“Jadi mungkin minggu ini juga pertuduhan terhadap warga Israel akan dibuat. Mungkin selepas raya,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
[Berita lanjut menyusul]