Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIGP nafi Dr M disoal siasat seperti penjenayah

    IGP nafi Dr M disoal siasat seperti penjenayah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India yang didakwa tidak setia kepada negara, dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa tiga hingga empat hari lagi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

    “Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan. Dalam masa tiga hingga empat hari lagi, mungkin kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak AGC, selepas siasatan kita selesai,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru hari ini.

    Razarudin juga menafikan kenyataan bekas ahli parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.

    “Pada pihak kita, kita teruskan siasatan dan dikatakan sebagai penjenayah…ini adalah siasatan polis, kita perlu lengkapkan siasatan kita, kalau kita tak lengkapkan (siasatan), kita seolah-olah (macam) berat sebelah.

    “…Kita ambil percakapan (Tun Dr Mahathir) (kalau tidak) di Bukit Aman (dan) kita (juga) ambil di tempat (yang) sesuai (dan) yang Tun (Dr Mahathir) mohon,” katanya lagi.

    Dia berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas perdana Menteri itu semalam mengenai dakwaan diperlakukan sebagai penjenayah kerana telah disoal siasat lebih daripada 10 kali sejak beberapa tahun lepas berikutan kenyataan dikeluarkannya.

    Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu temu bual bersama saluran TV satelit di India dipetik mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih “terikat” dengan negara asal mereka.

    Kenyataannya mendapat reaksi dan kritikan pemimpin negara, politik serta aktivis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengecam kenyataan Dr Mahathir serta menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

    ALSO READ:  KOMENTAR | Untuk masa depan Amanah yang lebih baik

    Terdahulu, Razarudin menyaksikan upacara serah terima tugas antara Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, yang akan bersara wajib pada 28 Jan ini, kepada Ketua Polis Johor yang baru CP M Kumar.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts